Sejarah Sekolah

Wawasan Sekolah

Misi Sekolah

Piagam Pelanggan

 

SEJARAH SEKOLAH

Latar Belakang

Sebelum sekolah ini didirikan, terdapat sebuah Dewan Orang Ramai dan perkampungan setinggan di atas tapak sekolah ini. Populasi penduduk kebanyaknya terdiri daripada bangsa Melayu dan dari golongan seberhana.

Walau bagaimanapun, kawasan penempatan ini berdekatan dengan sebuah pekan kecil, iaitu Tasek yang mempunyai kawasan perumahan yang dimajukan.

Sekolah ini didirikan di dalam perkampungan Seri Kelebang kerana hendak membantu sekolah-sekolah yang ada berdekatan dengannya atas jumlah murid yang kian hari kian bertambah disebabkan terdapat kawasan perumahan yang dimajukan di sekelilingnya.

Justeru itu, pada 16 hb Julai 1997, sekolah ini telah dibuka untuk pendaftaran murid-murid.

Kawasan Fizikalnya

Sekolah ini terletak berjiran dengan masjid Seri Kelebang. Kategori sekolah ini adalah luar bandar.

Sekolah ini mempunyai keluasan lebih kurang 4 hektar dan berpagar di sekelilingnya. Terdapat pemandangan gunung-ganang yang menghijau dan alam sekitar yang baik serta jauh dari hiruk-pikuk bandar sesuai untuk penumpuan pembelajaran.

Ketinggian bangunan hanyalah 3 tingkat. Terdapat 4 blok bangunan dan 1 blok kantin sekolah. 

Perkembangan sekolah 

Pada awal pembukaannya, hanya terdapat 20 buah kelas dengan jumlah murid sebanyak 733 orang serta jumlah guru sebanyak 34 orang.

Pada tahun 1998, jumlah murid telah bertambah menjadi 1108 murid. Pada pertengahan tahun 2003, jumlah murid telah bertambah menjadi 1366 orang. Akan tetapi, jumlah murid menjadi 883 orang setelah 483 orang murid diarah bertukar ke sebuah sekolah yang berdekatan (lebih kurang 1 km dari sekolah ini) sebab alamat rumah mereka berdekatan dengan sekolah baru tersebut.

Pada tahun 2005, jumlah murid adalah 787 orang dalam 22 buah kelas dengan guru seramai 44 orang.

 

 

WAWASAN  SEKOLAH

Menjana Generasi Cemerlang
Melalui Saluran Pendidikan

 

MISI  SEKOLAH

Mewujudkan
program dan aktiviti pendidikan berkesan
untuk menjana murid yang kuat fizikalnya,
kukuh moralnya,
serta berkembang luas pemikirannya
bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, keluarga, masyarakat dan negara

 

PIAGAM  PELANGGAN

Kami guru-guru dan kakitangan
Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang
dengan tekad dan ikhlas akan menumpukan
seluruh masa, tenaga dan fikiran untuk

  • melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum yang terkini

  • memberi kerjasama kepada semua pihak demi kelangsungan wawasan pendidikan

  • mewujudkan perkhidmatan penyayang dengan ciri bawaannya

  • mengadakan segala kemudahan dan peralatan mencukupi untuk dimanfaatkan

  • menerima pandangan, teguran dan kritikan demi kebaikan sekolah

  • membantu menyelesaikan masalah yang timbul secara profesional

  • menjaga nama baik profesion sesuai dengan mertabatnya